Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pesara berputih mata apabila wang simpanan dan pinjaman peribadinya sebanyak RM108,000 lesap setelah ditipu sindiket penipuan menerusi panggilan telefon. Foto hiasan Envato

Terperdaya ‘phone scam’, pesara rugi lebih RM100,000

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 20 Feb: Seorang pesara berputih mata apabila wang simpanan dan pinjaman peribadinya sebanyak RM108,000 lesap setelah ditipu sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 10 Jan lepas mangsa seorang wanita berusia 61 tahun telah dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai wakil insurans.

Beliau berkata suspek mendakwa kononnya nama mangsa telah disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab bagi urusan tuntutan insurans sebanyak RM63,000.

“Panggilan telefon itu kemudian disambungkan kepada individu kononnya anggota polis.

“Suspek mendakwa satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mangsa atas kesalahan pengubahan wang haram. Mangsa diarah membuka akaun baharu di sebuah bank tempatan dan berkongsi maklumat perbankan dengan suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata wanita itu yang ketakutan dan panik telah memindahkan wang berjumlah RM45,000 daripada akaun Tabung Haji miliknya ke akaun baharu itu.

Dia turut membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 dan dipindahkan ke akaun baharu seperti diarah suspek kononnya bagi membersihkan nama dan mengelak ditangkap.

“Mangsa kemudian membuat tiga lagi transaksi berjumlah RM13,000 ke dua akaun berbeza menjadikan jumlah keseluruhan kerugian mencecah RM108,000,” katanya.

Beliau berkata wanita itu membuat laporan polis petang semalam setelah menyedari ditipu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan