Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerima SKAS Nur Aifaa, Henry Mos dan Lim Gui Fan ketika ditemui TVS, hari ini. Foto TVS

SKAS: Rakyat harap bantuan diteruskan setiap tahun

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

KUCHING, 19 Feb: Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak diperakui memberi manfaat  kepada rakyat ekoran bantuan itu mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Tinjauan TVS di sekitar Bandaraya ini menyaksikan menemui penerima bantuan terbabit menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada kerajaan negeri atas inisiatif tersebut.

Penerima SKAS bersyukur, bantuan Kerajaan Sarawak ringankan beban | TVS

Menurut Henry Mos, 54, bantuan itu layak diterima oleh dia dan bapanya bagi dalam keluarga mereka.

“Duit ini saya akan gunakan untuk membeli barang keperluan dapur seperti beras, minyak, gula, dan kopi sahaja. Saya tidak akan membeli barang lain kerana bantuan ini diwajibkan untuk keperluan dapur sahaja,” katanya.

Henry menyifatkan, bantuan SKAS sebagai satu inisiatif terbaik oleh Kerajaan Sarawak sambil mengharapkan bantuan tertabit diteruskan setiap tahun.

“Jika kita tidak memohon, kita sendiri yang rugi kerana duit ini memang diperuntukkan untuk rakyat. Ini adalah bantuan yang sangat baik diberikan oleh kerajaan Sarawak.

“Kalau boleh, biarlah setiap tahun rakyat Sarawak mendapat bantuan ini supaya lebih ramai tahu betapa prihatin kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Lim Gui Fan, 55 turut menyatakan kegembiraannya selepas menerima bantuan SKAS.

“Saya pergi ke Boulevard dan membeli barang keperluan di pasar raya. Saya sudah membelanjakan RM22 dan masih ada baki. Saya sangat berterima kasih kepada Abang Jo kerana memberikan bantuan ini,” tambahnya lagi.

Gui Fan juga menasihati penerima SKAS agar tidak resah sekiranya belum menerima bantuan kerana setiap kategori penerima mempunyai jumlah yang berbeza.

“Kalau orang bujang dapat RM250, orang tua yang ada rumah sendiri dapat RM800, manakala warga emas yang belum berkahwin berumur 50 tahun ke atas akan menerima RM400,” jelasnya.

Seorang lagi penerima, Nur Aifaa Hazrin, 35, turut menyatakan bahawa SKAS sangat membantu dalam perbelanjaan bulanan.

“Saya akan gunakan bantuan ini untuk membeli keperluan dapur dan barang anak. Jika cukup, mungkin boleh bertahan untuk sebulan atau dua, jadi tidak perlu mengganggu gaji sangat. Bagi saya, SKAS ini bagus kerana membantu kita berjimat,” kata Nur Aifaa.

Nur Aifaa juga memuji kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui Sarawak Pay (SPAY).

“Ia memudahkan kerana kita tidak perlu membawa wang tunai dan mengira baki. Tekan sahaja pin dan pembayaran selesai,” jelasnya.

Namun, Nur Aifaa mengakui terdapat cabaran dalam proses pendaftaran SKAS melalui SPay.

“Saya perlu menetapkan ID, kata laluan, dan nombor telefon, yang memakan masa. Saya juga perlu menghubungi khidmat pelanggan beberapa kali untuk memastikan semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman pengguna, Nur Aifaa mencadangkan agar kaunter khidmat pelanggan dibuka di pusat membeli-belah.

“Jika ada masalah log masuk atau terlupa kata laluan, lebih baik datang ke kaunter berbanding bertanya dalam media sosial. Sekarang, berita cepat tular, jadi lebih baik bertanya kepada pihak yang lebih tahu,” kata Nur Aifaa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan