Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dewan Rakyat: Kerajaan Persekutuan bersungguh selesaikan semua tuntutan MA63

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Kerajaan Persekutuan beriltizam untuk menyelesaikan segera semua tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang masih belum diselesaikan, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Meteri berkata, tempoh masa penyelesaian setiap tuntutan tertakluk kepada proses perundangan berkaitan selain tahap kesediaan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak.

Perkara itu jelas beliau membabitkan aspek operasi, sumber manusia dan kewangan yang memainkan peranan penting dalam memastikan setiap tuntutan dapat diselesaikan dengan berkesan.

“Semua isu-isu di bawah MA63 yang belum diselesaikan akan terus dipantau oleh Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS, JPM) selaku Sekretariat kepada Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 bersama dengan semua pemegang taruh di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika penggulungan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ke atas Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Fadillah berkata, Kerajaan MADANI sentiasa bersedia untuk membincangkan sebarang tuntutan baharu berhubung MA63 di dalam MTPMA63 dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 dengan penekanan setiap tuntutan yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mestilah terkandung dalam ruang lingkup MA63 dengan merujuk kepada fasal yang spesifik dalam MA63.

“Terdapat 29 tuntutan yang dibincangkan di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).

“Sehingga kini, status kemajuan bagi 29 tuntutan tersebut 11 tuntutan selesai sepenuhnya, dua tuntutan selesai sebahagian manakala tiga tuntutan telah mempunyai keputusan dasar,” katanya.

Beliau turut memaklumkan lapan tuntutan masih dalam perbincangan manakala lima lagi tuntutan yang dirujuk untuk perbincangan atak ceputusan peringkat tertinggi.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan