Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah pelajar TVET pada tahun lepas meningkat kepada 423,267 berbanding 407,000. Foto, fail Bernama.

Dewan Rakyat: Kadar kebolehpasaran graduan TVET capai 94.5 peratus

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Kadar kebolehpasaran graduan TVET negara mencapai 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah pelajar TVET pada tahun lepas juga meningkat kepada 423,267 berbanding 407,000 di 1,398 institusi yang beroperasi di seluruh negara.

“Bagi memastikan graduan TVET kekal relevan, kurikulum kini dijajarkan dengan Occupational/Industry Standard Practice (OISP) serta dipadankan dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan High Growth High Value (HGHV).

“Pemodenan dan digitalisasi TVET turut diberi penekanan dengan peningkatan infrastruktur digital di pusat latihan, penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), internet kebendaan (IoT), dan realiti terimbuh (AR),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai FELDA, Ahmad Zahid berkata, sejak Oktober 2023, agensi itu telah menaikkan kadar pendapatan minimum peneroka daripada RM120 kepada RM150 per ekar bagi membantu menampung peningkatan kos sara hidup.

Ahmad Zahid menjelaskan, pendapatan berkenaan adalah kadar bersih selepas ditolak kos operasi, hutang dan caruman.

“Kita juga sedang mengusahakan program perumahan generasi baharu FELDA dengan mendapatkan peruntukan khas bagi membolehkan lebih ramai generasi peneroka memiliki kediaman sendiri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan