Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Abang Arabi Abang Aimran bersama tetamu yang lain pada Majlis Pembukaan Rasmi Wisma Lestari SFC di Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Abang Johari rasmi Wisma Lestari, mercu tanda baharu kelestarian alam

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 18 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan pembukaan Wisma Lestari, ibu pejabat baharu Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang menjadi simbol komitmen negeri terhadap pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan.

Pengurus Besar SFC, Abang Arabi Abang Aimran berkata, Wisma Lestari bukan sekadar bangunan pejabat tetapi pusat inovasi dan penyelidikan yang akan memainkan peranan penting dalam usaha pemuliharaan biodiversiti serta pembangunan ekopelancongan negeri.

“Nama ‘Lestasi’ mencerminkan kelestarian dan kesinambungan, sangat selaras dengan kerja pihak kami di SFC. Ia mengingatkan tentang keseimbangan yang mesti dikekalkan antara pembangunan dan pemeliharaan warisan alam semula jadi Sarawak yang luar biasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Pembukaan Rasmi Wisma Lestari SFC, di sini, hari ini.

Menurut Abang Arabi, sejak penubuhan SFC pada tahun 1995, organisasi ini telah menjadi tunjang utama selama 30 tahun dalam usaha pemuliharaan hutan dan habitat semula jadi di Sarawak.

Jelasnya lagi, salah satu pencapaian utama Wisma Lestari adalah dengan penubuhan Makmal Forensik Hidupan Liar Sarawak (SWIF Lab), yang terletak di aras bawah bangunan berkenaan.

“Inisiatif ini, yang disenaraikan sebagai Strategi 36; Penubuhan Pusat Penyelamatan Hidupan Liar & Makmal Forensik, bertujuan untuk mencapai pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa melalui pemuliharaan dan amalan mampan.

“Ia juga selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dengan meningkatkan keupayaan kami untuk membanteras aktiviti haram seperti penyeludupan hidupan liar, ancaman terhadap hidupan liar dan jenayah alam sekitar,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan