Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Chan Foong Hin (tengah) pada Majlis Perasmian Palm Oil Management, Technology, Exhibition and Conference 2025 di Miri hari ini. Foto Faisal Rambli (TVS)

SOPPOA taja 100 pelajar sertai POMtec 2025

BySalasiah Safian

MIRI, 18 Feb: Persatuan Pemilik-Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA) menaja 100 pelajar dari institusi pengajian tempatan menyertai Palm Oil Management, Technology, Exhibition and Conference (POMtec) 2025.

Pengerusinya Eric Kiu Kwong Seng, berkata inisiatif ini memperkukuh komitmen mereka untuk merapatkan jurang antara ahli akademik dan industri, serta menggalakkan penyelesaian berasaskan penyelidikan untuk pertumbuhan jangka panjang.

“Untuk menyokong pembangunan profesional industri masa depan, POMtec 2025 secara aktif melibatkan pelajar dengan memberikan pendedahan kepada cabaran industri, inovasi dan peluang kerjaya.

“Kehadiran anda mencerminkan masa depan cerah sektor minyak sawit, dan kami komited untuk menyokong perjalanan anda menjadi generasi profesional industri yang akan datang,” katanya pada majlis perasmian POMtec 2025 di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

POMtec 2025 telah mengambil langkah penting ke hadapan dengan meluaskan skopnya untuk merangkumi keseluruhan rantaian bekalan minyak sawit, dari aspek pengeluaran benih dan pengurusan semaian kepada operasi perladangan dan teknologi pengilangan.

Dengan tema “Streamlining The Supply Chain For Improved Sustainable Yield and Productivity”, POMtec 2025 memfokuskan pada pengukuhan kecekapan, kemampanan dan inovasi di seluruh industri.

Berlangsung selama dua hari bermula Selasa, POMtec 2025 dianjurkan oleh SOPPOA dengan kerjasama Kementerian Perladingan dan Komoditi, Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, serta beberapa badan seperti MPOB, MPOC, MSPO, dan Malaysian Palm Oil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan