Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Misnu Taha (tengah) pada sidang media selepas mesyuarat akhir Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak kali-64 Tahun 1446H/ 2025M di Kota Samarahan, hari ini.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Sarawak pada 24 hingga 27 Februari

ByAsmah Adenan

KOTA SAMARAHAN, 18 Feb: Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Sarawak Ke-64 akan diadakan di Kota Samarahan bermula 24 hingga 27 Februari ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha berkata program bertemakan Sarawak Maju Makmur akan dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 24 Februari ini.

Majlis penutupan pula akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 27 Februari.

“Johan Qari dan Qariah bakal membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM10,000 termasuk piala pusingan dan piala iringan, hadiah iringan serta sijil dan pakej umrah.

“Manakala, bagi naib johan dan tempat ketiga qari dan qariah akan mendapat wang tunai masing-masing berjumlah RM7,000 dan RM5,000, piala dan hadiah iringan beserta sijil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mesyuarat akhir Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak kali-64 Tahun 1446H/ 2025M di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, johan hafazan Al-Quran bakal mendapat hadiah wang tunai RM5,000, piala dan hadiah iringan beserta sijil, manakala, naib johan dan tempat ketiga masing-masing mendapat RM3,000 dan RM2,000, piala dan hadiah iringan dan sijil.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan