Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol berkata pemilihan jawatan dalam PBB pada hujung minggu lepas adalah urusan parti yang berlangsung dalam semangat kekeluargaan.

Jangan ragu kebijaksanaan Premier memimpin kabinet, mengurus Sarawak

SERIAN, 18 Feb: Pihak yang memainkan soal kedudukan anggota kabinet Sarawak susulan Perhimpunan Agung Ke-16, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cuba memecahbelahkan parti ini dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Majlis Tertinggi PBB, Datuk Abdullah Saidol berkata pemilihan jawatan dalam PBB pada hujung minggu lepas adalah urusan parti yang berlangsung dalam semangat kekeluargaan, manakala kabinet terletak di bawah budibicara Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg seperti termaktub dalam Perlembagaan Sarawak di bawah Perkara 6(3)(b).

“Jika ada yang mempersoalkan kedudukan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam kabinet hanya kerana dia tidak dipilih sebagai Naib Yang Dipertua PBB, maka kedudukan saya juga patut dipersoalkan kerana dalam pemilihan Majlis Tertinggi, saya berada di kedudukan nombor enam dan ada empat orang yang dipilih di atas saya dengan jumlah undi lebih baik.

“Kami masih lagi wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di sini, hari ini.

Abdullah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) berkata lagi, sejak akhir-akhir ini banyak serangan terhadap Sarawak yang berniat jahat dan bernada iri hati semata-mata untuk melemahkan kekuatan dan keberanian kepimpinan GPS.

“Rumah mereka sendiri berada dalam keadaan huru-hara tapi sibuk nak menegur suasana rumah kita (GPS) yang semakin cantik dan tenang,” jelasnya.

Beliau percaya majoriti masyarakat Sarawak tidak berminat dengan mainan sentimen politik yang cetek tetapi mahukan pemimpin yang mampu membawa hasil kerja membangun Sarawak terutama di kawasan pedalaman dan menyalur berbagai bantuan kebajikan masyarakat.

Menurutnya, kebijaksanaan Abang Johari dalam membuat keputusan sepatutnya tidak perlu diragui ketika Sarawak sedang ditadbir dan diurus dengan begitu baik.

Barisan kabinet diketuai Premier telah banyak membuat keputusan bijak yang meletak kedudukan ekonomi Sarawka begitu selesa dan banyak sumbangan kebajikan masyarakat diperkenalkan.

“Sejak merdeka, kepimpinan GPS yang progresif berjaya meletak kedudukan Sarawak sebagai wilayah paling membangun, kestabilan politik dan perpaduan kaum terbaik di Malaysia.

“Seperti yang dipamerkan dalam perhimpunan kali ini, kami dalam PBB semakin berdiri teguh di belakang pemimpin-pemimpin kami yang bijak mengurus ekonomi dan berani mempertahan hak dan kepentingan Sarawak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan