Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) menunjukkan Pelan Hala Tuju Persatuan Pengusaha Kayu Kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA) Dalam Industri Perkayuan 2025-2030 pada Majlis Pelancaran Simposium Kayu Kita Pemerkasaan Bumiputera Dalam Industri Perkayuan hari ini. Foto Bernama

Eksport kayu negara naik 4.9 peratus kepada RM22.9 bilion pada 2024 – Johari Ghani

ByBernama

PUTRAJAYA, 18 Feb: Nilai eksport produk perkayuan negara meningkat sebanyak 4.9 peratus kepada RM22.9 bilion pada tahun lepas berbanding pada 2023, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata industri perkayuan merupakan penyumbang eksport ketiga terbesar bagi produk agrikomoditi selepas minyak sawit (RM114.4 bilion) dan getah (RM33.7 bilion).

Johari berkata antara destinasi eksport produk perkayuan tempatan ialah Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

Namun begitu, menurut beliau jumlah penyertaan bumiputera secara keseluruhan dalam industri perkayuan masih berada di tahap yang rendah.

“Walaupun terdapat peningkatan berbanding pada 2023, usahawan bumiputera masih lagi menyumbang kurang daripada satu peratus atau RM44 juta daripada jumlah keseluruhan eksport kayu dan produk kayu.

“Kebanyakan syarikat usahawan bumiputera juga masih berada dalam kategori perusahaan kecil atau mikro,” katanya sewaktu hadir pada Simposium Pemerkasaan Bumiputera dalam Industri Perkayuan di sini hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan