Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada CUEPACS Sarawak di Astana Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Willy Jali (TVS)

CUEPACS Sarawak syor tambah caruman untuk Jawatan Berasaskan Caruman

ByWilly Jali

KUCHING, 17 Feb: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak mencadangkan agar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kakitangan awam yang berstatus Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) dinaikkan.

Pengerusinya, Jubilee Jineh berkata syor itu dimaklumkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata ini merupakan komitmen pihaknya untuk memberi sumbangan bermakna kepada sektor perkhidmatan awam sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat serta pembangunan Sarawak.

“Contohnya, caruman tersebut antara 13 hinga 18 peratus untuk membantu mereka semasa bersara nanti kerana mereka tidak berpencen.

“Maklum balas daripada Tun Dr Wan Junaidi amat baik tentang hal ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat itu.

Dalam pada itu, Jubilee berkata tujuan utama kunjungan hormat tersebut adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan CUEPACS Sarawak yang baharu selain memberikan penerangan lebih mendalam mengenai peranan serta objektif kongres.

“Kita berbincang dengan Tun Dr Wan Junaidi mengenai tanggjungjawab dan peranan CUEPACS dalam membantu penjawat awam negeri dan persekutuan untuk menyampaikan dan menjalankan aktiviti demi kepentingan penjawat awam.

“Oleh itu, kita berharap kerajaan negeri dapat memberi bantuan yang lebih baik untuk tahun ini. Kami percaya penjawat awam di Sarawak akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih dedikasi dengan adanya bantuan yang diberikan,” katanya.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan