Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Perhimpunan Agung Ke-16 PBB di Kuching pada Ahad. Foto Jiwa Bakti (FB)

Kaedah moden percepatkan proses sukat tanah NCR

KUCHING, 17 Feb: Kaedah baharu yang digunakan sejak tahun 2010 mempercepatkan Jabatan Tanah dan Survei menyukat dan mewartakan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sejak tahun 2010 hingga ke hari ini, seluas 1.2 juta hektar tanah NCR berjaya diukur dan diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

Jelasnya, penyukatan tanah NCR ini bukanlah perkara baru, tetapi telah  dimulakan
sejak tahun 1960-an.

“Bagaimanapun, kaedah penyukatan pada masa tersebut tidaklah sebaik polisi sekarang.

“Apa tidaknya, dulu sejak 1960-an sehingga tahun 2010, kita hanya berjaya mengukur seluas lebih kurang 260,000 hektar sahaja,” katanya.

Awang Tengah yang juga Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Ke-16 PBB di sini pada Ahad.

Menurutnya, Program Pengukuran dan Pengeluaran Surat Hak Milik Tanah dan Perwartaan NCR ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa mengiktiraf tanah NCR yang sahih berasaskan undang-undang.

Jelasnya lagi, penyukatan tanah NCR inisiatif baharu ini dibuat melalui dua fasa.

Fasa pertama melibatkan perimeter survey dan fasa kedua melibatkan penyukatan tanah  secara individu berdasarkan kepada pemohonan.

“Mereka ini akan diberi Surat Hak Milik di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri,” katanya.

Kerajaan juga melaksanakan pengukuran Kampung Tradisi serta rumah panjang di bawah konsep payung rumah panjang.

Setakat ini, sebanyak 58,194 lot kediaman telah diukur dan sejumlah 52,915 lot telah dikeluarkan dengan surat hak milik tanah di bawah seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak untuk kegunaan kediaman.

“Program Penyukatan Tanah NCR dan Penyukatan kampung-kampung tradisi dan rumah panjang akan diteruskan selagi ia diperlukan,” katanya.-TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan