Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan China: Asia Tenggara 2025 di Kuala Lumpur, hari ini. Foto, Amiruddin (TVS).

ASEAN, China perlu perluas kerjasama tenaga boleh diperbaharui – PM Anwar

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Kerjasama sedia terjalin membabitkan ASEAN dengan China perlu diperluaskan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan industri hijau, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, kerjasama baharu itu termasuk infrastruktur mampan penting bagi memupuk daya tahan jangka panjang dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Pada masa sama jelas Anwar, blok ASEAN juga perlu meningkatkan kerjasama dengan Negara Tembok Besar itu dalam memperkasaskan tenaga kerja di rantau ini.

ASEAN kekal prinsip tidak terikat kuasa besar – PM Anwar

“(Ini bagi) melengkapkan rakyat dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dan berkembang maju dalam landskap digital yang berkembang pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan China: Asia Tenggara 2025 di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Pengerusi Persidangan Perundingan Politik Rakyat Cina, C.Y. Leung, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sementara itu Anwar berkata, kerjasama ekonomi ASEAN dan China juga harus dipacu menerusi teknologi strategik.

Jelas beliau ini penting bagi memastikan ASEAN menjalinkan kerjasama ekonomi tranformatif serta berorientasikan masa depan, dan tidak terikat dengan perdagangan dan pelaburan tradisional.

“Kesalinghubungan antara ASEAN dengan China juga perlu melangkaui kecekapan perdagangan dengan memacu kemakmuran secara bersama,” katanya.

Bergerak ke hadapan tegas Anwar ASEAN juga perlu menerima dan menyokong integrasi kecerdasan buatan ke dalam aktiviti rantaian bekalan serantau, bagi memastikan ia kekal di barisan hadapan ekonomi digital. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan