Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak giat tarik pelaburan RM100 bilion dari pelbagai bidang

ByMuqri Aziz

KUCHING, 17 Feb: Sarawak kini aktif menarik pelaburan hampir RM100 bilion dalam pelbagai sektor terutamanya tenaga boleh diperbaharui.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perbincangan antara Kerajaan Sarawak dan bakal pelabur sedang giat dijalankan.

Menurutnya, Sarawak berjaya menarik pelaburan berjumlah RM116 bilion dalam tempoh lima tahun yang meliputi tiga sektor utama iaitu sektor premier, pembuatan dan perkhidmatan dengan 60 peratus daripadanya merupakan Pelaburan Langsung Luar Negara (FDI).

“Kita telah menerima banyak cadangan pelaburan dalam pelbagai bidang terutama tenaga boleh diperbaharui, hidrogen hijau, bidang pembuatan, minyak dan gas dan sebagainya dianggarkan tidak kurang daripada RM100 bilion cadangan pelaburan dalam pelbagai bidang dan aktiviti dari dalam serta luar negara sedang diteliti.

“Keyakinan pelabur terutama dari luar Sarawak yang sanggup melabur di Sarawak adalah kerana kestabilan politik, polisi kerajaan yang mesra perniagaan dan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak turut memuji usaha Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berusaha menarik pelaburan asing ke wilayah ini yang dilihatnya kini semakin mendapat perhatian negara luar khususnya negara maju sekali gus menjadikannya destinasi pelaburan pilihan.

“Prestasi perdagangan luar Sarawak turut menunjukkan perkembangan positif sejak beberapa tahun lalu.

“Sebagai contoh pada tahun 2021, jumlah keseluruhan perdagangan luar Sarawak adalah sebanyak RM150.87 bilion dan terus meningkat kepada RM193.42 bilion pada tahun 2023.

“Kejayaan ini sekali gus menjadikan imbangan perdagangan Sarawak positif pada tahun 2023 dengan eksport berjumlah RM130.84 bilion jauh melebihi import sebanyak RM62.58 bilion,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan