KUCHING, 17 Feb: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Jamuan Negeri sempena Mesyuarat Majlis Hakim-hakim Malaysia ke-58 tahun 2025 yang berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Ahad.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri Puan Sri Dato Fatimah Mohd Iskandar.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Yang Dipertua Dewan Negara Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah serta tetamu kenamaan yang lain.
Majlis Hakim-Hakim ke-58 2025 diadakan dari 14 hingga 17 Februari dan akan dirasmikan oleh Tun Wan Junaidi.-TVS