Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas yang keluar memukat ikan bersama seorang anak saudara lelakinya tengah hari semalam, ditemukan meningggal dunia di tebing sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei hari ini. Foto Bomba

Warga emas ditemukan lemas, anak saudara masih hilang selepas keluar memukat

LIMBANG, 16 Feb: Seorang lelaki warga emas yang keluar memukat ikan bersama seorang anak saudara lelakinya tengah hari semalam, ditemukan meningggal dunia di tebing sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa Atin Isik, 62, ditemukan ahli keluarga pada 11.24 pagi.

Bagaimanapun anak saudaranya, Jordisone Jamit, 16, setakat ini masih belum ditemukan.

“Menurut maklumat keluarga, kedua-dua mereka keluar rumah untuk memukat ikan di sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei pada 12 tengah hari Sabtu,” katanya dalam kenyataan ringkas petang ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mangsa tersebut pada 1.33 petang hari ini dan pasukan keluaran operasi (PKO) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang telah digerakan ke lokasi yang jaraknya 70 kilometer.

Pasukan tersebut bersama penduduk kampung, kemudiannya meneruskan operasi mencari remaja tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan