Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat, kata Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan. Foto fail Bernama

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk pendatang

ByBernama

KOTA BHARU, 16 Feb: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat, kata Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan.

Beliau berkata berdasarkan soal siasat, purata upah yang dibayar kepada tekong darat adalah sekitar RM4,500 seorang dan jumlah itu berbeza-beza mengikut kewarganegaraan pendatang asing berkenaan.

“Upah itu mungkin bertambah jika dihantar ke lokasi lain seperti Selangor dan Johor, dengan pendatang asing ini kebanyakannya dibawa masuk melalui laluan haram di sempadan negara pada waktu tertentu bagi mengelak pihak berkuasa.

“Justeru, tidak hairanlah tekong darat ini sanggup mengambil risiko walaupun tahu perbuatan berkenaan menyalahi undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Suai Kenal bersama Media Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Yusoff berkata kebiasaannya warga asing yang dibawa masuk akan ditempatkan di rumah atau hotel transit sebelum dihantar ke lokasi seterusnya.

“Untuk masuk ke negara ini, mereka akan menggunakan sindiket dengan tekong darat akan mengenakan caj mengikut kepala dan destinasi yang dituju,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya menggalakkan orang ramai yang ingin berkunjung ke Thailand agar menggunakan pasport antarabangsa ekoran bekalan pas sempadan yang terhad.

“Buat masa sekarang, pas sempadan hanya boleh dibuat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini sahaja dengan had sebanyak 200 keping sehari.

“Pas sempadan masih ada namun agak berkurangan dan dijangkakan permintaan lebih tinggi ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan