Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi. Foto Instagram @_azeemf

Azeem Fahmi inginkan satu lagi rekod kebangsaan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di California, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lepas, berkeyakinan untuk melakar kejayaan lebih besar musim ini.

Muhammad Azeem yang mencatat masa 6.60 saat (s) di peringkat separuh akhir sekali gus memadamkan catatannya sendiri 6.62s di kejohanan sama pada 2023, berharap dapat mengekalkan prestasi dalam usahanya untuk memecahkan rekod kebangsaan acara 100m juga miliknya.

“Ia ( rekod baharu kebangsaan 60m dalam dewan lelaki) sangat menggembirakan saya. Saya berasa lebih yakin dan prositif untuk mengharungi musim ini.

“Matlamat saya ialah untuk terus sihat dan mengekalkan momentum hingga kejohanan (luar dewan) akan datang bagi membolehkan saya mencatat masa lebih baik dalam acara 100m. Diharapkan satu lagi rekod kebangsaan mampu dipecahkan,” katanya.

Atlet berusia 21 tahun itu yang kini mengikuti latihan di AS berkata demikian menerusi video yang dikongsi di laman Facebook Kesatuan Olahraga Malaysia

Pelajar Universiti Auburn itu merupakan pemegang rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09 saat yang dicipta ketika Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun pada 2022 di Cali, Colombia.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China itu juga berkata beliau bersyukur dengan sokongan daripada peminat di Malaysia yang mendorongnya untuk melakukan yang terbaik seterusnya membanggakan negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan