Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Perhimpunan Agung PBB ke-16 di BCCK hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak tidak berhasrat menggunakan tenaga nuklear

KUCHING, 15 Feb: Sarawak tidak berhasrat menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga baharu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, wilayah ini lebih menumpukan perhatian kepada pengembangan tenaga hidrogen sebagai alternatif yang lebih mampan dan bersih untuk masa depan.

“Saya ditanya ketika berada di Singapura, adakah Sarawak akan menggunakan nuklear sebagai sumber di Sarawak dan
saya kata nuklear adalah pilihan.

“Jika Sarawak mempunyai pilihan lain seperti hidrogen kenapa tidak memberi tumpuan kepada sumber itu dahulu. Hidrogen banyak di Sarawak dan ia adalah tenaga boleh diperbaharui. Sebab itu jugalah kami (Sarawak) bersedia untuk menjual tenaga kepada mereka (Singapura),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Abang Johari menyatakan Kerajaan Sarawak tidak bercadang untuk membina loji nuklear di wilayahnya bagi menjana tenaga elektrik.

Jelas beliau, ini kerana Sarawak memiliki pelbagai sumber semula jadi untuk menghasilkan tenaga elektrik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan