Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Yang di-Pertua PBB Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Perhimpunan Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Muafakat, konsensus antara pemimpin formula PBB terus kuat

KUCHING, 14 Feb: Muafakat atau konsensus antara pemimpin Pesaka dan Bumiputera dalam parti menjadi tradisi serta formula Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak terus kuat.

Timbalan Yang di-Pertua PBB Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, semua ahli PBB memberi konsensus yang berterusan untuk mewujudkan persefahaman antara sayap Bumiputera dan Pesaka sehingga sekarang terutamanya dalam pemilihan semasa perhimpunan agung.

“Sebab itu, tidak ada istilah pertembungan antara kedua-dua sayap ini kerana masing-masing ada saluran sekali gus berjaya mengelakkan perpecahan kaum atau mewujudkan unsur perkauman,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak menjelaskan, sejak penubuhan PBB tradisi itu diamalkan di semua peringkat termasuk di peringkat ranting.

“Sejak dulu lagi, pemimpin Parti Bumiputera dan Parti Pesaka berpendapat bahawa rakyat Sarawak mesti bersatu di bawah satu payung yang sama.

“Mereka percaya ini merupakan salah satu strategi yang efektif untuk membangunkan komuniti tempatan yang pada ketika itu tidak berpendidikan dan kurang bernasib baik dari segi kewangan,” ujarnya.

Uggah berkata, semua perkara tersebut tidak terkandung di dalam Perlembagaan Parti, tetapi tetap dihormati dan diikuti sebagai amalan tanpa persoalan.

“Perpaduan utuh dalam kalangan masyarakat Bumiputera menjadi asas kepada kerajaan meneruskan agenda pembangunan di wilayah ini,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan