Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Harry S. Truman berlanggar dengan kapal dagang Besiktas-M berhampiran Mesir, lapor Anadolu Ajansi memetik pengumuman Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada Khamis. Foto fail AFP

Kapal pengangkut pesawat AS berlanggar dengan kapal dagang berhampiran Mesir

ByBernama

ISTANBUL, 14 Feb: Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Harry S. Truman berlanggar dengan kapal dagang Besiktas-M berhampiran Mesir, lapor Anadolu Ajansi memetik pengumuman Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Kejadian berlaku lewat Rabu di Port Said pada kira-kira 11.46 malam waktu tempatan (2146 GMT) di Laut Mediterranean.

US Sixth Fleet Public Affairs mengesahkan perlanggaran itu tidak menjejaskan Truman, dengan tiada laporan mengenai banjir atau kecederaan. “Sistem pendorongan kapal tidak terjejas dan berada dalam keadaan selamat serta stabil,” menurut kenyataan itu.

Siasatan sedang dijalankan.

Harry S. Truman, yang berpengkalan di Norfolk, Virginia, merupakan antara kapal perang terbesar di dunia berukuran 333 meter panjang dan mampu membawa kira-kira 90 pesawat.

Besiktas-M, kapal pengangkut pukal yang berdaftar di Panama, berukuran 188.5 meter panjang dan dalam pelayaran dari Port Said ke Constanta, Romania, menurut laman sesawang Marine Traffic. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan