Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Honda Motor Co dan Nissan Motor Co membatalkan rancangan penggabungan, selepas rundingan gagal kurang dua bulan selepas pengumuman dibuat.

Honda, Nissan batalkan pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik

ByBernama

TOKYO, 13 Feb: Honda Motor Co dan Nissan Motor Co membatalkan rancangan penggabungan, selepas rundingan gagal kurang dua bulan selepas pengumuman dibuat, lapor Agensi Berita Kyodo.

Pelan itu sepatutnya menjadikan gabungan itu sebagai kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.

Meskipun penggabungan dibatalkan, Honda dan Nissan akan meneruskan perkongsian strategik dalam pembangunan perisian dan pelbagai bidang lain termasuk dengan Mitsubishi Motors Corp, iaitu rakan kongsi Nissan, menurut kenyataan syarikat berkenaan.

Pada Disember lalu, kedua-dua syarikat merancang untuk memuktamadkan rundingan menjelang Jun 2025 dan menubuhkan sebuah syarikat induk menjelang 2026, yang akan menyelia operasi jenama masing-masing.

Penggabungan itu dijangka dapat mengurangkan kos serta meringankan beban kewangan dalam pembangunan kenderaan elektrik dan perisian, sekali gus membolehkan mereka bersaing dengan pesaing global seperti Tesla Inc dan BYD Co.

Ketika pengumuman dibuat, Honda menetapkan pemulihan operasi Nissan sebagai syarat utama perjanjian itu.

Kedua-dua syarikat pada asalnya bercadang untuk mengumumkan butiran lanjut mengenai perkongsian mereka pada akhir Januari tetapi menangguhkan pengumuman itu ke pertengahan Februari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan