PUTRAJAYA: Bilangan jangkitan COVID-19 di Sarawak masih lagi terkawal, meskpipun mencatatkan kes harian dengan 4 angka berturut-turut.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, rata-rata kes baharu yang direkodkan hanya terdiri daripada kategori 1 & 2.
“Sarawak adalah negeri tertinggi dimana rakyatnya telah divaksinasi, 99 peratus daripada jangkitan di Sarawak adalah kategori 1 dan 2 , ianya masih terkawal dari segi kemasukan ke hospital dan sebagainya,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 disini, pada Rabu.
Justeru, beliau berkata, program vaksinasi membuktikan bahawa vaksin yang diterima oleh para penduduk di negeri ini adalah berkesan mencegah daripada merebak teruk.