Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Dr Wan Junaidi terima kunjungan hormat daripada KKR. Foto Willy Jali (TVS)

Nasihat Tun Dr Wan Junaidi jadi inspirasi KKR, JKR laksana projek pembangunan

ByWilly Jali

KUCHING, 13 Feb: Amanat dan saranan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memiliki pengalaman luas sebagai pemimpin menjadi sumber inspirasi Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan projek pembangunan infrastruktur, kata Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

“Kita tahu Tun Dr Wan Junaidi mempunyai banyak pengalaman dan pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini. Oleh itu, segala perkongsian dan pandangan amat bernilai dan menjadi inspirasi buat KKR dan JKR,” katanya.

Nanta berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Dr Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak hari ini.

“Saya pada hari ini mengetuai Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama rombongan yang lain mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Wan Junaidi serta Toh Puan ingin membincangkan tentang program-program kolaborasi yang diadakan di Sarawak. Ia melibatkan Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak, ” ujarnya.

Jelas Nanta, pengalaman luas Tun Dr Wan Junaidi dalam pentadbiran menjadi sumber inspirasi bagi KKR dan JKR dalam melaksanakan projek pembangunan infrastruktur.

“Selain itu, Tun Dr Wan Junaidi juga memberi pandangan dan idea kepada pihak kami untuk beberapa perkara melibatkan pelaksanaan program yang akan dijalankan,” jelasnya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KKR, Dato’ Seri Azman Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, Dato’ Zainal Alhakab Seman, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Wira Ir. Roslan Ismail, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Ir. Sazali Harun dan Ketua Eksekutif CIDB, Zainora Zainal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan