Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menegaskan sokongan berterusan terhadap perjuangan Palestin, sambil menekankan keperluan rakyat Palestin untuk memperoleh hak sah mereka, termasuk semua wilayah yang diduduki. Foto fail AFP

GCC tegaskan sokongan teguh terhadap hak Palestin

ByBernama

DUBAI, 13 Feb: Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menegaskan sokongan berterusan terhadap perjuangan Palestin, sambil menekankan keperluan rakyat Palestin untuk memperoleh hak sah mereka, termasuk semua wilayah yang diduduki, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Setiausaha Agung GCC Jasem Albudaiwi, mengulangi pendirian tegas itu ketika berucap pada sesi dialog “Keadaan Dunia Arab” sempena Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2025 di Dubai.

Turut serta dalam sesi itu ialah Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit.

Albudaiwi menegaskan bahawa isu Palestin perlu diselesaikan selaras dengan resolusi antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa agar menunaikan tanggungjawab mereka dalam menyokong rakyat Palestin dan menentang sebarang halangan terhadap hak mereka.

Beliau turut menekankan kepentingan usaha diplomasi dan penyelesaian secara aman bagi mencapai penyelesaian menyeluruh, termasuk penubuhan negara Palestin yang merdeka berasaskan sempadan Jun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara serta menangani hak pelarian mengikut Inisiatif Keamanan Arab dan resolusi antarabangsa berkaitan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan