Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Energy Berhad (SEB), melalui syarikat operasinya Syarikat SESCO Berhad (SESCO), mengesan satu lagi kes kecurian elektrik melibatkan operasi perlombongan mata wang kripto di sebuah rumah teres dua tingkat yang tidak berpenghuni di Desa Senadin dalam operasi bersama pihak polis baru-baru ini. Foto Sarawak Energy Berhad

SEB kesan operasi curi elektrik di Desa Senadin

ByVanessa Enjop

MIRI, 12 Feb: Sarawak Energy Berhad (SEB), melalui syarikat operasinya Syarikat SESCO Berhad (SESCO), mengesan satu lagi kes kecurian elektrik di sini melibatkan operasi perlombongan mata wang kripto di sebuah rumah teres dua tingkat yang tidak berpenghuni di Desa Senadin dalam operasi bersama pihak polis baru-baru ini.

SESCO dalam kenyataannya hari ini berkata hasil siasatan mendapati premis tersebut menggunakan kabel penyambung terus bagi memintas meter elektrik, membekalkan tenaga kepada 12 pelayan (server) perlombongan mata wang kripto.

“Selain itu, kipas ekzos yang disambungkan terus kepada pelayan tersebut ditemui dalam cubaan mengelak dikesan. Ini kerana pelayan mata wang kripto beroperasi tanpa henti, menggunakan tenaga elektrik yang tinggi serta menghasilkan haba yang kuat,” demikian menurut SEB.

Tambahnya, sambungan haram tersebut menyebabkan kerugian kewangan dianggarkan sebanyak RM9,000 sebulan.

“Susulan itu, penyambungan haram telah diputuskan dengan kerjasama pihak polis, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab, termasuk penyewa rumah tersebut,” menurut kenyataan itu.

SESCO turut menegaskan bahawa kecurian elektrik bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan tetapi juga membawa risiko keselamatan seperti bahaya kebakaran dan renjatan elektrik, selain berpotensi mengganggu bekalan tenaga ke kawasan kejiranan.

Menurut SESCO, pesalah yang disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik Sarawak boleh dikenakan denda sehingga RM200,000 dan/atau hukuman penjara sehingga lima tahun.

Orang ramai diminta menghubungi talian khidmat pelanggan SESCO di 1300-88-3111 atau e-mel ke customercare@sarawakenergy.com sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan