Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin menandatangani perintah eksekutif berasingan bagi mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium. Foto AFP

Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli

ByBernama

WASHINGTON, 11 Feb: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin menandatangani perintah eksekutif berasingan bagi mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium, lapor Anadolu Ajansi.

“Ia satu perkara besar. Ini adalah permulaan untuk menjadikan Amerika kaya semula,” kata Trump kepada pemberita di Pejabat Oval.

“Ia 25 peratus tanpa pengecualian atau kelonggaran, dan itu melibatkan semua negara, tidak kira dari mana ia datang,” katanya, sambil menambah bahawa jika ia dibuat di AS, tiada tarif dikenakan.

Presiden itu turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.

“Tetapi perkara paling penting ialah timbal balik. Kami mahu tarif yang adil. Jika mereka mengenakan tarif ke atas kami, kami akan mengenakan tarif ke atas mereka. Timbal balik,” tambahnya.

Trump berkata beliau akan memberi “pertimbangan sewajarnya” terhadap permintaan Australia untuk pengecualian daripada tarif keluli.

“Kami mempunyai lebihan dagangan dengan Australia, antara beberapa negara yang mempunyai lebihan dengan kami. Ini kerana mereka membeli banyak pesawat. Mereka berada agak jauh, dan mereka memerlukan banyak pesawat, jadi kami sebenarnya mempunyai lebihan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan tindak balas daripada negara lain terhadap tarif baharu itu, Trump berkata: “Saya tidak kisah.”

“Jika mereka menaikkannya sedikit, kami akan menaikkannya secara automatik. Jadi saya rasa ia tidak memberi manfaat kepada mereka untuk bertindak balas,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan