Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan sempena upacara sambutan rasmi di bangunan Perdana Putra hari ini. Foto Bernama

Anwar terima SUV EV Togg daripada Erdogan sebagai simbol persahabatan

ByBernama

PUTRAJAYA, 11 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima sebuah kenderaan elektrik (EV) Togg sebagai hadiah daripada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan menghadiahkan Togg T10X berwarna putih itu kepada Anwar sebagai tanda persahabatan.

Anwar kemudiannya memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya itu ke Kompleks Seri Perdana bersama Erdogan bagi menyaksikan pertukaran perjanjian, sidang media bersama, serta jamuan makan tengah hari.

Ditubuhkan pada tahun 2018, Togg merupakan pengeluar EV nasional utama pertama Turkiye.

Terdahulu, Erdogan diberikan sambutan negara di Kompleks Perdana Putra, diikuti pertemuan empat mata dengan Anwar selama hampir satu jam, serta mesyuarat dua hala. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan