Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemandu lori kontena maut selepas tersepit hampir dua jam apabila kenderaan dipandunya itu terbabas di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menuju ke Lebuhraya Shah Alam (KESAS) awal pagi tadi. Foto TVS

Pemandu lori kontena maut tersepit hampir dua jam

ByBernama

SHAH ALAM, 11 Feb: Seorang pemandu lori kontena maut selepas tersepit hampir dua jam apabila kenderaan dipandunya itu terbabas di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menuju ke Lebuhraya Shah Alam (KESAS) awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 3.04 pagi sebelum menggerakkan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dan Shah Alam ke lokasi.

“Kemalangan disyaki berlaku akibat lori kontena itu terbabas sendiri dan laporan awal komander operasi mendapati mangsa lelaki warga tempatan telah tersepit dengan status keadaan mangsa masih sedar dan mengalami kecederaan ketika kejadian.

“Namun, mangsa yang telah berjaya dikeluarkan kira-kira 5.33 pagi kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya setelah operasi mengeluarkan mangsa berusia 33 tahun itu tamat pada 6.20 pagi tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan