Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Khudus Mohd Naaim berkata peruntukan RM13.5 juta itu digunakan bagi membina 293 projek bina baharu dan baik pulih di seluruh negara. Foto TVS

Program Sinar Lestari YAPEIM belanja RM13.5 juta bina, baik pulih rumah sejak dilancar

ByHaleyson Roland

KUCHING, 10 Feb: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menggunakan RM13.5 juta bagi membina dan membaik pulih rumah menerusi Program Sinar Lestari sejak dilancar pada tahun 2020 hingga Januari 2025.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Abdul Khudus Mohd Naaim berkata peruntukan itu digunakan bagi membiayai 293 projek bina baharu dan baik pulih di seluruh negara.

“Sebanyak 167 projek baik pulih dan 126 projek bina baharu telah dilaksanakan dengan 199 projek telah siap sementara baki 94 projek sedang dalam proses pembinaan,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan kunci rumah di bawah program ini di Kampung Pasir Pandak di sini yang disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri, hari ini.

Abdul Khudus berkata lagi, pada tahun ini YAPEIM memperuntukkan RM4 juta bagi membina baharu dan baik pulih 30 rumah dan 20 premis perniagaan.

“Tahun lepas kita belanja RM3.5 juta, jadi tahun ini akan lebih kalau ada lagi sumbangan daripada rakan strategik korporat ataupun agensi-agensi lain,” tambahnya.

Mengenai rumah yang diserahkan hari ini, ia dimiliki Alizan Abu Seman manakala sebuah lagi rumah milik Farhan Nur Aiman dibina di Kampung Asajaya Laut.

YAPEIM bersama rakan strategik menyerahkan dua rumah itu di bawah inisiatif Program Sinar Lestari melibatkan peruntukan berjumlah RM230,000.

Kerja-kerja pembinaan rumah Alizan bermula 10 Mei 2024 dan siap sepenuhnya pada 20 Disember 2024 dengan peruntukan RM80,000 daripada YAPEIM dan bantuan tambahan daripada pejabat Ahli Parlimen Santubong sebanyak RM30,744.

Bagi Farhan pula, kerja-kerja pembinaan bermula pada 14 Ogos 2024 dan siap pada 1 Januari 2025 dengan bantuan RM80,000 daripada YAPEIM dan peruntukan tambahan daripada Bank Islam Malaysia Berhad sebanyak RM34,519.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan