Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Salji turun di utara Jepun, di bandar Obihiro, Hokkaido. Foto AFP

Sekurang-kurangnya empat maut akibat salji lebat di Jepun

ByBernama

TOKYO, 10 Feb: Sekurang-kurangnya empat orang maut di Jepun akibat salji lebat dalam tempoh tiga hari lepas, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Salji lebat melanda bahagian utara, timur laut dan barat laut Jepun sejak awal minggu lepas. Ketika ini, keadaan dilaporkan semakin reda, namun timbunan salji masih menimbulkan ancaman, menurut laporan media tempatan pada Isnin.

Menurut media Jepun, empat warga emas maut akibat salji di wilayah Nagano, Niigata, Fukushima dan Fukui pada Ahad dan Isnin. Dua daripada mereka dipercayai ditimpa salji yang terkumpul di bumbung rumah masing-masing, manakala seorang lagi dilaporkan terjatuh ke dalam sungai ketika menyodok salji.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi berkata awal pagi Isnin, satu runtuhan salji berlaku di wilayah Fukushima, di kawasan pusat peranginan mata air panas Tsuchiyu Onsen. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, namun laluan terputus, menyebabkan kira-kira 160 tetamu dan kakitangan terkandas, menurut pihak berkuasa.

Kyodo News melaporkan kemudian bahawa satu lagi runtuhan salji menghalang jalan itu sekali lagi – kurang satu setengah jam selepas ia dibersihkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan