Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Henry Jugah bersama wakil BAKIP meninjau pembinaan Musolla Al-Azhar di Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Miri, hari ini.

Badan Kebajikan Islam Petronas sumbang dana bantu bina Musolla Al-Azhar

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 10 Feb: Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP), Petronas Carigali Sdn Bhd Sarawak Asset menyerahkan sumbangan berjumlah RM5,000 bagi membantu pembinaan Musolla Al-Azhar di Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah, menerima sumbangan yang disampaikan wakil BAKIP bagi pihak balai dengan penuh penghargaan atas keprihatinan BAKIP.

“Saya amat menghargai sumbangan ini kerana dana tersebut akan digunakan untuk pembelian tingkap dan pintu musolla yang dijangka siap sepenuhnya pada Julai tahun ini.

“Saya juga bersyukur kerana pada akhir tahun lalu, saya telah menghantar surat permohonan sumbangan kepada pihak pengurusan dan hari ini permohonan tersebut telah dimakbulkan,” katanya.

Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan ini ialah Pengerusi Musolla Al-Azhar BBP Lutong, Awang Arizal Awang Affandy.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan