Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Edisi sulung Sukan Borneo dijangka dianjurkan sebelum hujung tahun ini

ByMadeline Dugat

KUCHING, 10 Feb: Edisi sulung Kejohanan Sukan Borneo dijangka dianjurkan sebelum hujung tahun ini dengan permulaan sebanyak lima atau enam jenis sukan yang akan dipertandingkan, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Kami telah mengadakan perbincangan untuk Sukan Borneo sejak penghujung tahun lalu. Ada beberapa komponen atau wilayah seperti Brunei, Sabah, Kalimantan mungkin tidak bersetuju. Jadi kita perlu memperhalusi perkara itu. Itulah sebabnya, saya belum memuktamadkan nama sukan itu dahulu,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Geran Belia dan Sukan Negeri Sarawak bertempat di Baitul Makmur, pada Isnin.

Jelas Karim, langkah Sarawak menjadi tuan rumah untuk Sukan Borneo memberi kelebihan kerana ini akan menawarkan lebih banyak peluang untuk meraih pingat.

“Sukan seperti olahraga, ia mungkin perlu ada. Maksud saya, kejohanan sukan tanpa olahraga, ia tidak adil.

“Jika kita menjadi tuan rumah, adalah baik untuk kita menjadi tuan rumah sukan renang, tenpin boling, di mana kita akan mendapat lebih banyak pingat. Walau bagaimanapun, ini tertakluk kepada persetujuan pasukan lain yang mengambil bahagian,” katanya.

Ujar Karim, selain kepulauan Borneo terdapat juga negeri-negeri lain di Malaysia menyatakan minat untuk turut serta mengambil bahagian dalam Sukan Borneo.

“Tetapi negeri-negeri lain di Malaysia nampaknya menunjukkan minat, tetapi mereka bukan sebahagian daripada Sukan Borneo. Dalam acara itu, ia akan dijemput. Tetapi kerana yang ini adalah yang pertama, mungkin kita tidak melihatnya dari sudut itu lagi.

“Untuk Sukan Borneo kedua, ketiga, keempat, mungkin kita akan mengembangkannya dan juga menjemput wilayah seperti Northern Territory, Australia.,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan