Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.8 dilaporkan berlaku di Kota Marudu, Sabah pada jam 10.39 pagi tadi. Foto Malaysian Meteorological Department (FB)

Kota Marudu dilanda gempa bumi lemah pagi ini

ByBernama

KOTA KINABALU, 10 Feb: Kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.8 dilaporkan berlaku di Kota Marudu, Sabah pada jam 10.39 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata gempa bumi tersebut dengan koordinat 6.3 darjah utara dan 116.8 darjah timur serta jarak 27 kilometer (km) selatan dari Kota Marudu.

Menurut kenyataan itu gempa bumi dengan kedalaman 10km itu menyebabkan gegaran dirasai sekitar Kota Marudu, Sabah dan kawasan sekitarnya.

Susulan kejadian itu, MetMalaysia akan terus memantau keadaan di sekitar kawasan Kota Marudu.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang aduan kerosakan atau panggilan.

“Pihak bomba kini sedang membuat pemeriksaan dan pemantauan di premis berisiko di daerah berkenaan,” menurut kenyataan MetMalaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan