Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk Envisioning a Low-Carbon Future: Sarawak's Journey Towards Sustainable Development di Institut Yusof Ishak (ISEAS), di sini hari ini. Foto Mohamad Gustie (TVS)

Loji metanol: Sarawak lonjak industri hijau, pacu ekonomi lestari

SINGAPURA, 10 Feb: Pelancaran loji metanol hijau oleh Sarawak Petchem bulan lalu menandakan langkah besar negeri ini dalam membangunkan ekonomi rendah karbon dan tenaga mampan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata loji ini bukan sekadar merancakkan industri kimia, tetapi juga menjadi pemacu utama dalam transformasi sektor tenaga, pengangkutan, dan perkapalan hijau.

Dengan pengeluaran metanol rendah karbon, Sarawak kini berada di barisan hadapan dalam menyediakan bahan api lestari yang bakal mengubah industri global, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai hab utama tenaga hijau di rantau ini.

“Bulan lepas menandakan pencapaian penting dalam peralihan tenaga hijau Sarawak dengan pelepasan kapal kargo eksport pertama metanol Sarawak Petchem ke China dan perasmian loji metanol hijau.

Kemudahan baharu ini akan meningkatkan kapasiti untuk pengeluaran bahan api lestari, memacu pertumbuhan industri dan menyokong peralihan tenaga secara lebih mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk Envisioning a Low-Carbon Future:
Sarawak’s Journey Towards Sustainable Development di Institut Yusof Ishak (ISEAS), di sini hari ini.

Hadir sama mengiringi beliau ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, inisiatif tersebut juga merupakan kunci kepada strategi dekarbonisasi Sarawak yang lebih luas.

“Selain itu, ia juga menggabungkan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi tangkapan karbon untuk mengurangkan emisi di seluruh industri.

Sebagai sebahagian daripada peralihan rendah karbon Sarawak sedang mengoptimumkan sumber gas asli untuk peralihan terstruktur kepada tenaga yang lebih bersih.” ujarnya lagi.

Terdahulu, Abang Johari juga menyatakan keyakinannya bahawa projek ini akan memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai peneraju dalam peralihan tenaga hijau di Asia Tenggara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan