Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dikenal pasti di Daerah Lawas sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan banjir berikutan musim hujan berterusan. Foto fail Nadim Bokhari (TVS)

14 PPS dikenal pasti, aset dan bantuan dipersiapkan hadapi kemungkinan banjir di Lawas

ByLuqman Muhammad

LAWAS, 9 Feb: Sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dikenal pasti di Daerah Lawas sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan banjir berikutan musim hujan berterusan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan kebajikan dan keselamatan penduduk terjejas dapat diurus dengan lebih berkesan.

“Lebih baik kita bersedia lebih awal. Kita telah mengenal pasti kawasan yang sering dilanda banjir seperti Trusan dan Sundar serta mengambil langkah untuk menyediakan tempat pemindahan bagi mangsa banjir,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas yang berlangsung di Majlis Daerah Lawas pada Sabtu.

Dalam pada itu Awang Tengah turut menekankan kepentingan kerjasama antara semua jabatan dan agensi, termasuk ketua masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan operasi penyelamatan dan bantuan berjalan lancar.

Katanya, selain persediaan bantuan, kerajaan negeri juga telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sistem perparitan bagi mengurangkan risiko banjir kilat.

“Pihak berkuasa juga mengambil kira aspek keselamatan, termasuk risiko tanah runtuh, pokok tumbang serta ancaman buaya yang mungkin berlaku semasa banjir,” jelasnya.

Sebagai langkah tambahan, aset seperti helikopter telah disediakan untuk menghantar bantuan ke kawasan pedalaman jika diperlukan.

“Sekiranya orang ramai diarahkan untuk berpindah, mereka perlu segera berbuat demikian demi keselamatan,” tambahnya.

Dengan persediaan menyeluruh dan koordinasi antara pelbagai pihak, Lawas kini lebih bersedia menghadapi musim hujan dengan langkah kesiapsiagaan yang tersusun dan efektif.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan