Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan sekerja dan sahabat Pengarah Program TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) Abdull Hadi Mohd Yusoff yang meninggal dunia malam ini. Foto media sosial

Fahmi ucap takziah kepada keluarga, sahabat pengarah program TV RTM Abdull Hadi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan sekerja dan sahabat Pengarah Program TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) Abdull Hadi Mohd Yusoff yang meninggal dunia malam ini.

Fahmi menerusi hantaran di Facebook turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah dalam menghadapi kehilangan itu.

“Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Saya menerima khabar dukacita daripada rakan-rakan di RTM bahawa Pengarah Program TV RTM Encik Abdull Hadi bin Mohd Yusoff telah kembali ke rahmatullah pada 7.21 malam tadi.

“Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan