Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) melepaskan peserta larian Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025 - Road to Visit Malaysia 2026 di pekarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) hari ini. Foto Bernama

Jaga kesihatan, pupuk semangat persahabatan, pertahan keamanan negara – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan dan mempertahankan keamanan negara yang dikecapi ketika ini.

Berucap pada majlis pelepasan Malaysia Sarong Music Run 2025 di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini Anwar berkata, acara itu bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga untuk memupuk semangat persahabatan dalam kalangan rakyat.

“Sarung ini ada budayanya, terkenal, seantero rantau Melayu ini… Jadi kalau ada sarung – pakai, kalau tak ada tak payah, yang penting semangatnya.

“Doa bagi semua selamat, negara ini aman, rakyat selamat (dan) ekonomi naik. Jangan ada mengizinkan orang yang merosakkon keamanan negara kita,” katanya sebelum menyempurnakan pelepasan acara tersebut.

Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Anwar yang lengkap berpakaian sukan dan selempang sarung kemudiannya meluangkan masa menyertai acara jalan kaki kira-kira tiga kilometer bersama peserta program berkenaan.

Malaysia Sarong Music Run 2025 dalam kenyataan memaklumkan program itu mengumpulkan 10,500 penyertaan bertujuan mengangkat budaya, warisan dan gaya hidup aktif.

Program itu mengintegrasikan elemen budaya sepanjang laluan larian, memberikan peserta pengalaman menyelami tradisi Malaysia dengan lebih mendalam.

Antara intipati utama acara berkenaan adalah menampilkan sarung sebagai simbol perpaduan dan warisan, permainan tradisional dan pameran warisan, pameran sajian warisan serta platform untuk bakat tempatan.

Acara itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersama Malaysia Marathon sebagai Penganjur Bersama manakala SCORE Sports Management sebagai Rakan Teknikal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan