Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Dr Anderson Tiong berkata 11 kawasan luar bandar di Sarawak bakal menerima manfaat daripada pembangunan infrastruktur internet berkelajuan tinggi. Foto UKAS

11 kawasan luar bandar Sarawak bakal nikmati internet berkelajuan tinggi

ByDouglas Elliot

KUCHING, 7 Feb: Sebanyak 11 kawasan luar bandar di Sarawak bakal menerima manfaat daripada pembangunan infrastruktur internet berkelajuan tinggi dalam masa terdekat.

Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Dato Dr Anderson Tiong, berkata kemajuan ini susulan pemasangan kira-kira 1,000 kilometer gentian optik yang dijangka meningkatkan kesalinghubungan di kawasan yang masih kurang mendapat perkhidmatan.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran SMA, di Kuching, hari ini. Foto TVS

“Sebanyak 11 kawasan telah dikenal pasti bagi inisiatif ini, iaitu di Gedong, Sebuyau, Simunjan, Asajaya, Lingga, Sadong Jaya, Beting Maro, Saribas, Bukit Saban, Layar dan Sungai Asap.

“Projek ini amat penting dalam memperkukuh infrastruktur telekomunikasi serta meningkatkan kesalinghubungan di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina SMA yang dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Tambahnya, liputan 5G di kawasan berpenduduk Sarawak telah mencapai 63.8 peratus, manakala liputan 4G di kawasan penempatan mencatatkan 84.8 peratus pada suku keempat tahun 2024.

Dalam pada itu, Anderson juga menyatakan komitmen SMA dalam meningkatkan akses jaringan internet luar bandar melalui projek rintis Rangkaian Jalur Lebar Terbuka Berkelajuan Tinggi Luar Bandar Sebauh serta keselamatan siber bagi agensi-agensi kerajaan melalui Program CyberSarawak.

“Projek ini menyokong matlamat yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Ia memberi keutamaan kepada perluasan pesat jalur lebar dan infrastruktur digital bagi merangsang pertumbuhan ekonomi serta merapatkan jurang kesalinghubungan, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan