Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perubahan iklim yang membawa kepada hujan lebat berlebihan dikenal pasti sebagai faktor utama kejadian banjir yang semakin kerap melanda Sarawak. Foto Faitullah Morni (TVS)

Perubahan iklim antara punca kekerapan banjir

ByRegina Lee

KUCHING, 7 Feb: Pengarah Pusat Air UNIMAS (UWC), Dr. Rosmina Ahmad Bustami, berkata bahawa peningkatan intensiti hujan dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah memburukkan keadaan, ditambah pula dengan kesan aktiviti pembalakan dan pengurusan sungai yang tidak berkesan.

Pengarah Pusat Air UNIMAS (UWC), Dr. Rosmina Ahmad Bustami, berkata bahawa peningkatan intensiti hujan dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah memburukkan keadaan, ditambah pula dengan kesan aktiviti pembalakan dan pengurusan sungai yang tidak berkesan.

Dr Rosmina Ahmad Bustami.

Beliau berkata bahawa keadaan ini semakin membimbangkan kerana Sarawak juga bakal menghadapi tempoh kemarau yang lebih lama akibat perubahan iklim global.

“Ramalan pakar, termasuk dokumen yang dikeluarkan oleh Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) dan Akademi Sains Malaysia serta pelbagai kajian, menunjukkan bahawa rantau kita, termasuk Sarawak, akan menghadapi hujan yang lebih lebat dan berpanjangan akibat perubahan iklim.

“Pembalakan menyebabkan kehilangan vegetasi yang sebelum ini mampu menyerap air hujan, manakala pengurusan sungai yang tidak berkesan mengakibatkan aliran air yang tidak lancar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut mendedahkan bahawa sistem tebatan banjir sedia ada mungkin mencukupi untuk menampung curahan hujan biasa, tetapi tidak mampu mengawal limpahan air semasa hujan lebat yang luar biasa.

Baru-baru ini, data daripada stesen hujan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan peningkatan ketara dalam curahan hujan, menyebabkan sistem saliran sedia ada gagal menampung jumlah air yang tinggi, terutamanya apabila fenomena air pasang laut berlaku serentak.

“Walaupun usaha mitigasi oleh agensi kerajaan, seperti pembesaran parit, penambahbaikan sistem tebatan banjir, serta pengoperasian Baraj Sungai Sarawak, telah menunjukkan keberkesanan, Sarawak masih perlu meningkatkan kapasiti sistem ini untuk menghadapi cabaran masa depan.

“Kesedaran dan pendidikan mengenai perubahan iklim juga perlu dipertingkatkan agar semua pihak lebih bersedia menghadapi kesannya,” tambah Dr. Rosmina.

Beliau turut menyatakan bahawa sudah terdapat beberapa garis panduan untuk pengurusan saliran yang lebih mesra alam, seperti Urban Stormwater Management Manual atau Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Sementara itu, di Sarawak, terdapat Sarawak Urban Stormwater Management (SUStoM) Guideline atau Panduan Pengurusan Saliran Bandar Sarawak (SUStoM) untuk semua pembangunan baharu dalam menghadapi cabaran ini.

“Walaupun garis panduan ini berkaitan dengan sistem saliran dan perparitan, ia tetap berperanan besar dalam menguruskan air hujan dan air ribut,” tambahnya lagi.

Beliau turut mencadangkan supaya kapasiti sistem tebatan banjir ditingkatkan dan pembangunan bandar dirancang dengan lebih baik agar dapat menangani fenomena cuaca ekstrem yang dijangka semakin kerap berlaku.

“Kita tidak boleh menunggu sehingga bencana berlaku sebelum bertindak, strategi mitigasi dan adaptasi yang lebih agresif perlu segera dilaksanakan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan