Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program asasi, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Feb hingga 14 Mac, bagi permohonan Fasa Pertama dan dari 14 April hingga 18 Mei bagi Fasa Kedua.

Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Feb

PUTRAJAYA, 7 Feb: Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program asasi, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Feb hingga 14 Mac, bagi permohonan Fasa Pertama dan dari 14 April hingga 18 Mei bagi Fasa Kedua.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti dan dua institusi MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

Menurut kenyataan KPT, permohonan terbuka kepada pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, bagi semua program pengajian untuk permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau tanpa ujian, dibuka bagi Fasa Kedua.

“Semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

“Sebanyak 350 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,131 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM atau setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan KPT itu memaklumkan pembelian Nombor Pin UPUOnline® boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 mesin teler automatik (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN mulai 9 Feb sebelum mengemukakan permohonan.

“BSN akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran.

“Pemohon juga diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan