Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa. Foto fail Bernama

Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha

ByBernama

PUTRAJAYA, 6 Feb: Perkhidmatan awam perlu sentiasa beradaptasi dengan landskap ekonomi yang berubah serta keperluan rakyat yang semakin kompleks, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata seiring tuntutan zaman, sistem perkhidmatan awam perlu lebih responsif serta inovatif bagi memastikan penyampaian terbaik kepada rakyat.

Beliau turut menekankan pentingnya pemerkasaan budaya kerja yang lebih terbuka dan kolaboratif bagi mengelakkan amalan kerja secara bersendirian (in-silo) yang boleh menjejaskan perkongsian maklumat serta kecekapan operasi.

“Dengan tekad politik, saya yakin kita akan dapat terus melangkah ke hadapan dan melaksanakan perkara-perkara yang sepatutnya kita laksanakan,” katanya ketika berucap pada perasmian Karnival Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2025 (POD2025) di sini hari ini.

Dr Zaliha dalam ucapannya turut menggariskan usaha kerajaan bagi menangani isu legasi di Wilayah Persekutan tahun ini.

Beliau berkata antara contoh, pihaknya kini giat membangunkan semula Pasar Datuk Keramat di Kuala Lumpur yang uzur bagi memastikan kesejahteraan peniaga dan komuniti setempat.

Sementara di Labuan, Dr Zaliha berkata perhatian khusus diberikan untuk membangunkan sektor pelancongan sebagai alternatif kepada industri minyak dan gas.

Bagi Putrajaya pula beliau berkata fokus kini beralih kepada mencapai status Bandar Pintar Berwawasan menjelang 2030 selepas merealisasikan matlamat bandar pintar (leading smart city).

“Visi ini memerlukan reformasi menyeluruh dalam penyampaian perkhidmatan awam agar lebih efisien dan berinovasi,” katanya.

Mengulas mengenai Karnival Wilayah Persekutuan dan POD2025, Dr Zaliha berkata program selama empat hari itu merupakan manifestasi komitmen kerajaan dalam membawa perkhidmatan terus kepada rakyat.

Beliau berkata seramai 100,000 pengunjung dijangka sepanjang program dengan lebih 450 vendor dan pempamer mengambil bahagian.

“Saya yakin ini akan memberi impak yang besar kepada rakyat. Penganjuran POD pada dua tahun terakhir telah berjaya menjana pulangan pelaburan (ROI) yang memberangsangkan dengan kutipan keseluruhan mencecah RM15 juta,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan