Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sukarelawan dari Petronas dan anak syarikatnya giat membantu mangsa di Bintulu, Kuching dan Miri susulan banjir buruk yang menyebabkan ribuan penduduk di negeri ini terpaksa dipindahkan.

Petronas, anak syarikat terus bantu mangsa banjir di Sarawak

KUCHING, 5 Feb: Sukarelawan dari Petronas dan anak syarikatnya giat membantu mangsa di Bintulu, Kuching dan Miri susulan banjir buruk yang menyebabkan ribuan penduduk di negeri ini terpaksa dipindahkan.

Petronas dalam kenyataan memaklumkan menerusi kerjasama melibatkan Petronas Carigali Sdn Bhd (Sarawak Asset), Kumpulan Syarikat Malaysia LNG(MLNG), Asean Bintulu Fertiliser Sdn Bhd (ABF) dan Yayasan Petronas, syarikat berkenaan menyumbangkan bantuan keperluan kecemasan bernilai lebih RM800,000.

“Antara yang disumbangkan ialah bot penyelamat, bahan api, makanan, minuman dan kit kebersihan untuk membantu mangsa terjejas,” menurut kenyataan itu.

Bintulu dikenal pasti kawasan paling teruk terjejas akibat bencana itu.

Ribuan anggota pasukan kecemasan tempatan dan sukarelawan telah terlibat dalam operasi menyelamat di kawasan terjejas termasuk Bintulu, Miri, Sibu, Kuching, Sebuyau dan Mukah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan