Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Reman terhadap seorang wanita yang berakhir hari ini, disambung dua hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi yang ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat sini pada 19 Jan lepas. Foto PDRM

Buang bayi: Reman terhadap wanita disambung dua hari

ByBernama

KANGAR, 5 Feb: Reman terhadap seorang wanita yang berakhir hari ini, disambung dua hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi yang ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat sini pada 19 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata sambung reman terhadap wanita berusia 29 tahun, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor.

“Lanjut reman dua hari (bermula) 6 hingga 7 Feb 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi

Pada Ahad lepas, Bernama melaporkan wanita yang tinggal bersama empat anak manakala suaminya berada di pusat pemulihan dadah itu ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes pembuangan bayi perempuan, dan direman dari 2 Feb hingga hari ini untuk membantu siasatan.

Yusharifuddin dalam laporan itu dipetik sebagai berkata siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai melahirkan bayi perempuan berkenaan dalam tandas seorang diri di sebuah rumah di Jalan Tok Pulau, Kampung Permatang Kersek, Simpang Empat kira-kira 6.30 petang pada 18 Jan lepas.

Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan