Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) kini dalam usaha untuk melaksanakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang akan ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Foto hiasan Envato

Dewan Rakyat: SKBBK inisiatif baharu KESUMA lindungi pekerja

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) kini dalam usaha untuk melaksanakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang akan ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, skim ini bertujuan untuk memastikan perlindungan menyeluruh kepada pekerja di negara ini dengan liputan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu di sepanjang tempoh penggajian mereka.

“SKBBK meliputi kemalangan yang tidak terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaan dan tidak berkait secara langsung dengan penggajiannya.

“Skim yang dicadangkan akan meliputi kemalangan yang berlaku dalam Malaysia di luar waktu kerja termasuk kemalangan dalam perjalanan yang tidak berkaitan dengan pekerjaan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Barisan Nasional – Ayer Hitam) yang ingin tahu mekanisme pelaksanaan SKBBK untuk melindungi individu terjejas dengan kemalangan di luar pekerjaan.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman memberitahu, perlaksanaan skim ini adalah selari dengan keperluan semasa bagi memastikan kebajikan pekerja lebih terjamin, terutama dalam situasi kerja yang semakin dinamik dan fleksibel.

“Pelaksanaan SKBBK oleh PERKESO ini merupakan satu mekanisme perlindungan sosial dalam menangani cabaran risiko berkaitan kerja dan risiko di luar waktu kerja terutama bagi pekerja yang terlibat dengan FWA.

“Ini kerana risiko kemalangan yang tidak berlaku di pejabat serta waktu kerja seperti kelaziman,” ujarnya.

Abdul Rahman berkata, bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan, KESUMA dan PERKESO telah mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh utama di negara ini.

Tambahnya lagi, Mesyuarat Kabinet secara prinsipnya telah bersetuju untuk melaksanakan SKBBK dan KESUMA menjangkakan Rang Undang-Undang bagi skim ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Parlimen tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan