Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima individu ditembak di sebuah sekolah di selatan Sweden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Selasa. Foto AFP

Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden

ByBernama

COPENHAGEN, 5 Feb: Lima individu ditembak di sebuah sekolah di selatan Sweden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Selasa.

Tahap kecederaan mereka masih belum dapat dipastikan.

Polis menggesa orang ramai agar menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 kilometer ke barat Stockholm.

Agensi berita Sweden TT melaporkan suspek telah meninggal dunia, namun polis masih belum memberikan maklumat lanjut mengenai insiden itu.

Media tempatan melaporkan bahawa sejumlah besar anggota polis dan pasukan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut polis, para pelajar sedang diberi perlindungan di sekolah berkenaan serta di sekolah berhampiran.

TT turut melaporkan bahawa insiden itu berlaku di sebuah pusat pendidikan dewasa di kampus Risbergska. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan