Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Jamri Masran. Foto TVS

Bomba Sarawak siap sedia hadapi banjir gelombang kedua, cuti pegawai dan anggota dibekukan

ByConnie Grace

KUCHING, 4 Feb: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berada dalam keadaan kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi bencana banjir gelombang kedua di Sarawak dengan membekukan semua cuti pegawai dan anggota sejak 29 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Jamri Masran berkata, langkah drastik ini diambil untuk memastikan kecekapan operasi dan semua pegawai dan anggota berada dalam keadaan bersedia bagi sebarang kemungkinan berlaku.

“JBPM bukan sahaja bertanggungjawab dalam operasi pemindahan mangsa banjir tetapi juga perlu menangani kes kecemasan lain seperti kebakaran, kemalangan jalan raya serta operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.

“Seramai 1,171 pegawai bomba sepenuh masa, 291 pegawai bomba bantuan serta 2,349 anggota daripada 58 pasukan bomba sukarela telah dikerahkan, sebanyak 921 pasukan bomba komuniti turut terlibat dengan 9,187 orang ahli yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh bencana ini,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Katanya, pihaknya mahu memastikan semua pasukan berada dalam kekuatan penuh untuk menghadapi sebarang kecemasan sebagai langkah penting menjamin keselamatan rakyat yang terjejas akibat banjir.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman bahawa JBPM telah menjalankan sebanyak 143 operasi menyelamat mangsa banjir di Sabah dan Sarawak setakat ini. -TVS

Tags: Banjir, bomba, JBPM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan