Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Alexander Nanta bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Sungai Besar, Selangor hari ini. Foto, Amiruddin (TVS).

Diskaun 50 peratus tol sepanjang musim perayaan tahun ini – Alexander Nanta

ByAmirah Shawel

KUALA SELANGOR, 4 Feb: Pemberian potongan sebanyak 50 peratus tol berbanding kadar biasa akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini, kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, inisiatif yang mula dilaksanakan pada musim perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini akan terus diberikan bagi meringankan beban rakyat.

“Minggu lepas, Tahun Baharu Cina tidak diberikan tol percuma tetapi diskaun 50 peratus. Keputusan ini kerana masih ada golongan rakyat yang masih memerlukan (inisiatif ini), oleh itu diputuskan akan dilaksanakan sepanjang tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan kerja di Sungai Besar, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya inisiatif itu juga akan diberikan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak.

Sebelum ini, kerajaan telah menetapkan untuk memberi memberi potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Tahun Baharu Cina dalam Mesyuarat Kabinet pada 24 Januari lalu.

Alexander Nanta dilapor berkata, potongan tol dilaksanakan bermula jam 12.01 tengah malam 27 Januari dan berakhir jam 11.59 malam 28 Januari bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan