Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Mitsubishi Corporation di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Mitsubishi Corporation komited perkukuh hubungan 50 tahun dengan Sarawak

KUCHING, 3 Feb: Mitsubishi Corporation menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dengan Kerajaan Sarawak yang terjalin lebih 50 tahun.

Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi Corporation, Kiyotaka Kikuchi berkata, hubungan erat antara kedua-dua pihak memberi manfaat besar terutamanya dalam sektor perniagaan dan pembangunan neutraliti karbon.

“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menekankan bahawa kedua-dua pihak perlu menyumbangkan sumber dan teknologi bagi pembangunan projek masa depan.

“Oleh itu, Sarawak dilihat mempunyai potensi besar untuk menjadi pusat neutraliti karbon bagi rantau ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Pada hari sama, Abang Johari turut menerima kunjungan pelabur dari Amerika Syarikat, Capricorn Investment Group, yang menyatakan minat dalam sektor tenaga baharu, aeroangkasa, teknologi angkasa, bateri dan semikonduktor di wilayah ini. — TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan