Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM20.95 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.13 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.6 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.5 bilion untuk 28 hari.

Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk satu hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.1 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.13 bilion. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan