Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra. Foto Anwar Ibrahim (FB)

ASEAN 2025: Anwar bertemu Thaksin bincang situasi Myanmar, mata wang kripto

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra.

Anwar berkata pertemuan dengan Thaksin yang mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal Pengerusi ASEAN itu membincangkan pelbagai perkara penting termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.

“Pada sebelah malam, kami teruskan diskusi ini bersama bekas Menteri Luar Singapura George Yeo,” kata beliau menerusi catatan di Facebook.

Pada 16 Dis lepas, Anwar mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Malaysia secara rasmi mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN 2025 pada 1 Jan, kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada 1967.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan